COVID-19: Kesatuan Eropah laksana sekatan kemasukan 30 hari

BRUSSELS,. Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa bersetuju untuk mengenakan sekatan perjalanan terhadap warga asing yang masuk ke Eropah selama 30 hari bagi mengekang penularan COVID-19.

Mereka juga bersetuju untuk menubuhkan laluan pengangkutan pantas untuk memastikan peralatan perubatan, makanan dan barangan penting berjalan lancar di dalam blok negara Eropah.

Jumlah jangkitan positif COVID-19 di Eropah meningkat lebih daripada 60,000 kes dengan lebih 2,700 kematian dicatatkan.

Beberapa kerajaan negara Eropah memperkenalkan beberapa tindakan seperti penutupan sempadan dan kuarantin serta konsultasi.
Para pemimpin negara Eropah berusaha menjalinkan kerjasama yang lebih erat dalam mengekang penularan Covid-19 yang melumpuhkan ekonomi dunia ketika ini.

Presiden Majlis EU Charles Michel berkata, terdapat keperluan mendesak untuk bekerjasama lebih erat dan melakukan segala tindakan yang perlu untuk menangani krisis dan impak pandemik tersebut.
“27 negara EU bersetuju untuk mengenakan sekatan sempadan ke atas pelancong dan perniagaan yang tidak penting, secepat mungkin.

“Penduduk di negara Eropah, beberapa pekerja kesihatan dan pengangkutan akan dikecualikan,” katanya pada satu sidang media

Sementara itu, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der berkata cadangannya untuk mengadakan sekatan mendapat banyak sokongan daripada negara anggota.

“Pemimpin EU bersetuju menyelaraskan repatriasi warga EU yang terkandas di luar blok tersebut.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )