COVID-19: Tiga sekolah di Dungun diarahkan tutup

KUALA TERENGGANU, 28 Okt — Tiga buah sekolah di daerah Dungun telah diarahkan tutup bermula hari ini, ekoran terdapat murid dan pelajarnya yang disahkan positif COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, ia melibatkan Sekolah Kebangsaan Kerteh 1, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya dan SMK Teja Putra.

“Sekolah Kebangsaan Kerteh 1 dan SMK Ketengah Jaya masing-masing diarahkan tutup selama tujuh hari bermula hari ini, manakala SMK Teja Putra pula diarahkan ditutup selama 14 hari.

“Ketiga-tiga sekolah ini diarahkan ditutup untuk disanitasi selepas terdapat pelajar yang positif COVID-19,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terengganu mencatatkan sebanyak 35 kes positif COVID-19 temasuk 11 kes baharu hari ini.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )