DIY mulakan promosi 2020 di semua kedainya di seluruh negara

DIY mulakan promosi 2020 di semua kedainya di seluruh negara

KUALA LUMPUR,. Peruncit perkakasan rumah terbesar Malaysia, MR. D.I.Y. Group (M) Bhd (MR. D.I.Y.), memulakan pomosi 2020 sempena meraikan pembukaan kedai ke-1,000nya di Asia, dengan menawarkan diskaun khas selama tujuh hari di semua kedai di seluruh negara.

Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, diskaun 10 peratus dan sehingga 30 peratus untuk barangan dengan tag merah, terpakai untuk produk yang dijual di MR. D.I.Y. dan MR.TOY mulai hari ini hingga 7 Jan.

Pelanggan layak menikmati diskaun di mana-mana kedai MR. D.I.Y. di seluruh negara atau secara dalam talian ke atas lebih 14,000 produk dalam pelbagai kategori, seperti perkakasan, barangan kediaman, elektrik, aksesori kereta, alat tulis dan sukan.

“Kami akan terus mengekalkan slogan ‘Harga Sentiasa Rendah” yang membuktikan komitmen kami untuk menawarkan pelanggan produk berkualiti pada harga mampu milik. Promosi diskaun tujuh hari istimewa itu merupakan cara kami untuk menghargai pelanggan, berterima kasih kepada pelanggan kerana menjadikan kami sebagai peruncit perkakasan rumah kegemaran mereka,” kata Naib Presiden Pemasarannya, Andy Chin.

Chin berkata MR D.I.Y. baru-baru ini membuka kedai ke-1,000 di Asia, di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar, Kedah.

Sempena sambutan hebat kedai ke-1,000 di Asia, MR. D.I.Y. akan menganjurkan pelbagai promosi dan aktiviti dari 3 Jan (Jumaat) hingga 5 Jan (Ahad).di AEON Mall Shah Alam.

Pelanggan berpeluang menyertai pertandingan ‘Putar dan Menang’ dengan hadiah bernilai RM6,000 dalam bentuk baucar tunai MR. D.I.Y. selain bekas kedap udara dan pen serta blok binaan, selain sesi lukisan muka apabila mereka berbelanja di MR. D.I.Y. atau MR. TOY.

Sejumlah 1,200 payung percuma dan mainan dinosaur, bekas kedap udara dan tuala serta permainan doh, kereta mainan pula ditawarkan pada harga RM1.

Seratus pelanggan pertama berpeluang mendapat hadiah percuma baucar tunai RM13 MR. D.I.Y dan bekas kedap udara dan sarung tangan gelembung D.I.Y.

Di samping itu, pelanggan ke-1000 yang berbelanja di MR D.I.Y akan dibayar sepenuhnya perbelanjaan yang dibuat, selain menerima baucar tunai bersamaan jumlah yang dibelanjakan.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This