Gempa bumi kuat sekali lagi gegar Kepulauan Kermadec malam ini
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter melanda rantau Kepulauan Kermadec pada 8.05 malam ini (waktu Malaysia). Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan malam ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 1,154 km selatan dari Laucala, Fiji.
MetMalaysia dalam penilaian awalnya mendapati gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. Pada Jumaat, gempa bumi berkekuatan 8.1 pada skala Richter melanda pesisir pantai New Zealand berhampiran Kepulauan Kermadec, memaksa ribuan penduduk berpindah dan mencetuskan amaran tsunami di seluruh Pasifik Selatan.
Gempa itu adalah yang paling besar dalam rangkaian gegaran yang melanda wilayah itu dalam tempoh beberapa jam, termasuk dua gegaran sebelumnya yang mencatat magnitud 7.4 dan 7.3.
-MET