Had waktu operasi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April 2022

Had waktu operasi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April 2022

KUALA LUMPUR,. Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan bermula 1 April, 2022, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Beliau berkata pemilik premis dibolehkan untuk melaksanakan waktu operasi premis masing-masing mengikut syarat lesen operasi premis.

“Ini bermakna anda semua bolehlah makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam, terutamanya dengan bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi. Bolehlah bersahur di luar,” katanya pada sidang media khas mengenai fasa ‘Peralihan ke Endemik[‘, di sini, semalam.

Ismail Sabri berkata fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ ini merupakan ‘exit strategy’ (strategi keluar daripada pandemik) untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas hampir dua tahun berperang dengan COVID-19.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This