IMF unjur pertumbuhan global menguncup
WASHINGTON,. Penularan COVID-19 menjadi ancaman serius kepada individu dan ekonomi dunia, sekali gus dijangka merencatkan pertumbuhan kepada paras bawah 2.9 peratus berbanding tahun lalu.
Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kristalina Georgieva, berkata penularan COVID-19 bukan lagi isu serantau, sebaliknya memerlukan maklum balas global.
“Penularan wabak itu memberi impak kepada keyakinan, sekali gus menjejaskan aktiviti ekonomi yang menyebabkan pertumbuhan 2020 berada di bawah paras tiga tahun lalu,” katanya.
Januari lalu, IMF menganggarkan pertumbuhan 3.3 peratus tahun ini, iaitu kerugian sekurang-kurangnya separuh mata susulan penularan COVID-19. – AFP