Jeneral Tentera Iran ancam serang AS dan Israel
TEHRAN,. Tentera Revolusi Iran memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan mengancam keselamatan jeneral tentera kedua-dua negara itu jika terus menyasarkan jeneral mereka.
Jeneral Tentera Iran, Jeneral Hossein Salami dalam satu kenyataan dengan tegas mengancam akan melancarkan serangan yang sukar dibendung ke atas AS dan Israel.
Tegasnya, sesiapa yang ingin membunuhnya akan menyesal atas tindak balas yang bakal dilancarkan.
“Saya hendak mereka (AS dan Israel), hentikan daripada ancaman ini. Jika mereka berdegil, mereka akan berdepan dengan situasi baru di mana mereka sendiri tidak mampu untuk kawal dan urus,” kata Hossein dengan nada tegas.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Delegasi AS di Iran, Brian Hook yang memberitahu tindakan negara itu membunuh Jeneral Tentera Iran, Qassem Soleimani kerana sering membunuh rakyat Amerika.
Qassem maut dalam serangan dron di Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad pada 3 januari lalu, sekaligus mencetuskan ketegangan kedua negara.
Iran dalam pada itu bersumpah untuk membalas dendam atas kematian jeneralnya itu dan telah melancarkan peluru berpandu balistik di dua kem tentera AS di Iraq pada 8 Januari lalu.
Bagaimanapun tiada anggota tentera AS mahupun Iraq cedera dalam serangan itu.