Jepun sahkan kes pertama koronavirus

TOKYO,. Jepun mengesahkan kes pertama pneumonia yang mempunyai kaitan dengan koronavirus, kata pegawai kerajaan pada Khamis.

Agensi berita Xinhua melaporkan, menurut pegawai itu seorang warga China didapati positif dijangkiti virus berkenaan di Jepun.

Virus itu telah menjejaskan puluhan orang di China sejak wabak bermula Disember lalu di Wuhan, timur China.

Warga China itu dipercayai telah mengunjungi Wuhan, kata pegawai.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )