Koronavirus: Media China hargai sokongan UAE

Koronavirus: Media China hargai sokongan UAE

ABU DHABI,. Media China memuji United Emiriah Arab Bersatu (UAE) di atas sokongan yang diberikan kepada China dalam memerangi wabak novel koronavirus, lapor agensi berita Emiriah Arab Bersatu (WAM).

Semua media utama di China menyiarkan berita mengenai langkah UAE yang menyatakan sokongan dengan menghiasi beberapa mercu tanda di negara itu dengan warna bendera China dan mesej dalam bahasa Mandarin.

Berita itu turut menyatakan penghargaan terhadap sokongan diberikan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Agensi berita Xinhua menyiarkan berita dan beberapa gambar bangunan di UAE yang dihiasi dengan warna bendera China, bertajuk ‘UAE landmarks fuel China’s fight against the epidemic.’

Bangunan ADNOC, milik syarikat minyak utama negara di Abu Dhabi dihiasi dengan slogan “Wuhan, come on.”

Beberapa stesen televisyen utama di China turut menyiarkan laporan terperinci mengenai perkara itu.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This