Maxis lancar filem seni tradisional manfaat kekuatan rangkaiannya dan iPhone 12 Pro

Maxis lancar filem seni tradisional manfaat kekuatan rangkaiannya dan iPhone 12 Pro

KUCHING: Maxis telah melancarkan filem pendek, Layar Harapan yang meraikan teknologi dan tradisi. Menurut satu kenyataannya semalam, filem terbabit mengisahkan Pak Cu, dalang wayang kulit atau Tok Dalang di Kelantan dan cucunya Adam.

“Filem ini memperlihatkan semangat mereka untuk menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia memahami dan menghayati seni wayang kulit yang indah dan peranan yang dimainkan teknologi.

“Kisah Pak Cu dan tradisi wayang kulit menunjukkan tradisi dan teknologi saling memperkuatkan antara satu sama lain,” kata Ketua Jenama dan Pemasaran Maxis Tai Kam Leong.

Pada masa yang sama, Maxis berada dalam posisi unik di mana kita dapat memanfaatkan kekuatan teknologi dan rangkaian nombor satu ini untuk memastikan bahawa pengalaman dan seni disampaikan dengan penuh keindahan dan dibawa ke khalayak yang lebih luas di seluruh negara.

Pihaknya juga mahu memberi inspirasi kepada lebih banyak rakyat Malaysia dengan menyatukan teknologi terbaik yang akan membolehkan individu dan negara terus menerajui dalam dunia yang berubah.

“Pada mulanya saya tidak menyangka ada pengganti bagi kraf saya, bagaimanapun saya begitu gembira apabila cucu saya Adam, mewarisi minat terhadap seni ini.

“Saya berharap dia dapat meneruskan warisan ini kepada generasi akan datang. Minat terhadap wayang kulit semakin berkurang kerana kebanyakan rakyat Malaysia tidak pernah melihat persembahan dan menghargai keindahannya.

“Saya percaya bahawa teknologi bukan penghalang, malah boleh menjadi saluran untuk membawa bentuk seni yang indah ini kepada lebih ramai orang dan saya gembira kerana Maxis membantu memberi kesedaran di sekitar wayang kulit,” kata Eyo Hock Seng (Pak Cu).

Layar Harapan diceritakan melalui Eyo Adam, cucu Pak Cu yang berumur lapan tahun dan juga pewaris warisan wayang kulit.

Filem pendek menggambarkan ikatan yang kuat antara datuk dan cucu kerana cinta mereka terhadap seni tradisional serta gabungan tradisi dan teknologi.

Untuk mengembangkan filem itu, Maxis bekerjasama dengan Pak Cu, yang telah menjadi Tok Dalang selama lebih daripada 40 tahun dan dinobatkan sebagai Tokoh Orang Hidup 2012 oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan serta Adam, yang berharap dia mampu membawa seni itu kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Seiring dengan perkembangan zaman, wayang kulit juga telah terjejas dengan pandemik COVID-19 dengan penurunan jumlah penonton.

Untuk mengekalkan kisah mereka, Maxis memanfaatkan sistem kamera canggih iPhone 12 Pro Max dengan Cinema Grade Dolby Vision dan keupayaan untuk merakam suasana cahaya rendah kehidupan di layar dan menyampaikannya kepada masyarakat yang lebih luas di seluruh negara, dikuasakan oleh rangkaian nombor satu Malaysia.

Dihasilkan di Kelantan, kolaboratif tersebut menunjukkan komitmen Maxis untuk memberikan pengalaman kesalinghubungan terbaik dan liputan rangkaian 4G kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

Tonton Layar Harapan di https://www.youtube.com/watch?v=ZPoCOQBpfDE dan filem di sebalik tabir di https://www.youtube.com/watch?v=0Sj4ZISa-5Y.

-DG

CATEGORIES
Share This