Pengasas Lotte, Shin Kyuk-ho meninggal dunia pada usia 97

Pengasas Lotte, Shin Kyuk-ho meninggal dunia pada usia 97

KOREA SELATAN,. Pengasas konglomerat runcit Lotte Korea Selatan, Shin Kyuk-ho meninggal dunia pada usia 97 tahun.

Shin menghembuskan nafas terakhirnya pada Ahad.

Beliau merupakan salah seorang daripada lima konglomerat pertama Korea Selatan yang mengasaskan ‘chaebol’ atau konglomerat yang dikendalikan anggota keluarga.

Beliau adalah yang terakhir dari usahawan Korea Selatan yang mengasaskan chaebol utama negara, yang sekarang menguasai ekonomi keempat terbesar di Asia.

Lima ‘chaebol’ tersebut ialah Lotte, Samsung, Hyundai, LG dan SK.

Lotte ditubuhkan pada 1948 sebagai syarikat pembuat gula-gula getah di Jepun oleh Shin apabila beliau berpindah ke negara itu.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang perempuan Jepun dan dikurniakan dua anak lelaki.

Disebabkan kaitannya dengan Jepun, Lotte berdepan dengan kecaman daripada rakyat Korea Selatan yang membawa kepada boikot terhadap produknya tatkala hubungan antara kedua-dua negara tersebut semakin parah.

Pada 2018, Shin dikenakan hukuman penjara susulan pecah amanah.

Namun, hukumannya dikecualikan disebabkan kesihatannya yang buruk dan keperluannya untuk menerima rawatan.

Lotte merupakan pemilik bangunan pencakar langit tertinggi di Korea Selatan, Lotte World Tower dengan ketinggian 500 meter dan mempunyai 123 tingkat.

Kini, perniagaan Kumpulan Lotte terdiri daripada snek, minuman, pasar raya, pusat beli belah, hotel dan industry kimia.

CATEGORIES
TAGS
Share This