Pogba tidak akan dijual – Solksjaer

MANCHESTER,. Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menafikan spekulasi kelab itu berhasrat untuk menjual Paul Pogba pada Januari.

Solsjaer juga menafikan beliau ada bertemu penyerang Red Bull, Salzburg Erling Haaland, pada Jumaat.

Ketika ini, Pogba sudah lama tidak beraksi gara-gara kecederaan.

Dia juga dijangka tidak diturunkan dalam aksi menentang Watford Ahad ini.

Pemain itu sebelum ini membuat kenyataan mahukan cabaran baru, mengundang khabar berkenaan perpindahannya.

Sementara itu, ejen Pogba, Mino Raiola menegaskan kliennya itu masih mahu bersama Manchester United.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )