Rakyat Indonesia berhimpun, tuntut kerajaan beri bantuan ketenteraan terhadap Islam Uighur

JAKARTA,. Kira-kira 1,000 umat Islam berhimpun di luar bangunan kedutaan China di Jakarta, Indonesia bagi mendesak untuk menghentikan penindasan terhadap etnik Uighur.

Penunjuk perasaan turut membawa sepanduk yang menyatakan umat Islam bersatu untuk membebaskan kumpulan etnik itu di Xinjiang.

Penunjuk perasaan turut mendesak, kerajaan Indonesia untuk menghantar tentera bagi menyelamatkan etnik yang ditindas itu.

Untuk rekod, kira-kira sejuta umat Islam di Xinjiang, China ditahan secara paksa di kem ‘pendidikan dan latihan vokasional’.

Mereka yang ditahan dilaporkan dipaksa keluar dari agama mereka.

Bagaimanapun, China menyifatkan pusat pendidikan tersebut adalah sebagai pusat latihan vokasional dan mereka yang terlibat secara sukarela.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )