Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi hari ini susulan harapan terhadap pasaran minyak dengan para penggiat percaya mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dapat menggerakkan usaha untuk mengurangkan lagi perjanjian pengurangan pengeluaran besar-besaran, kata para peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.2600/2650 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2650/2690 pada Jumaat.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata pengurangan pengeluaran yang dilaksanakan secara efektif oleh pengeluar utama OPEC telah membantu menstabilkan pasaran.

Bagaimanapun, beliau berkata Julai mungkin menjadi bulan yang tidak menentu bagi minyak apabila lonjakan semula kes jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara lain telah membawa kembali risiko terhadap permintaan.

Kenanga Research dalam nota penyelidikannya hari ini berkata pengurangan 25 mata asas kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia pada minggu lepas disambut baik oleh pelabur, yang seterusnya meningkatkan ringgit lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS ditambah dengan pemulihan harga minyak.

“Peningkatan itu terjejas sedikit oleh kebimbangan terhadap penigkatan kes harian COVID-19 di AS pada Jumaat.

“Bagaimanapun, unit tempatan dijangka diniagakan rendah minggu ini apabila minat risiko mungkin terjejas lagi sekiranya peningkatan semula kes COVID-19 di ekonomi-ekonomi utama membawa kepada pelaksanaan kembali langkah-langkah pembendungan yang akan memberi kesan kepada harga minyak,” kata firma penyelidikan itu.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah pada sesi pembukaan kecuali berbanding yen Jepun apabila ia meningkat kepada 3.9869/9920 daripada 3.9931/9979.

Unit tempatan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.9869/9920 daripada 3.9931/9979, susut kepada 5.3855/3927 daripada 5.3773/3845 berbanding pound Britain dan turun kepada 4.8198/8271 daripada 4.8152/8210 berbanding euro.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This