Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,. Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pagi ini berikutan permintaan yang bertambah baik di tengah-tengah pergerakan geopolitik yang positif apabila pengundian di United Kingdon (UK) menunjukkan Parti Konservatif bakal menang majoriti dalam pilihan raya umum Britain, kata para peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1580/1610 pada Khamis.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Europe, Craig Erlam berkata sekiranya pengundian itu terbukti tepat, ia akan memberi rangsangan besar kepada Perdana Menteri Boris Johnson,memastikan perjanjian Brexit diluluskan di Parlimen dan UK akan keluar daripada Kesatuan Eropah pada akhir Januari depan.

Pound Sterling, katanya, melonjak apabila pertaruhan Boris untuk menyelesaikan Brexit yang menjadi isu utama kepada rakyat Britain terbukti tepat dan beliau kini mempunyai mandat kukuh untuk menunaikan hasrat rakyat itu.

“Keadaan turun naik yang kita lihat dalam pergerakan sterling dijangka berterusan tetapi pasaran nampaknya berpuas hati dengan perkembangan itu,” katanya kepada Bernama.

Ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.6226/6287 daripada 4.6262/6308 tetapi susut berbanding pound Britain kepada 5.5693/5768 daripada paras penutup 5.4815/4871 pada Khamis.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.7776/7823 daripada 3.8256/8287 dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0607/0638 daripada 3.0646/0672 sebelumnya.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )