Sekolah di Melaka tutup Selasa jika IPU lebih 200 esok

Sekolah di Melaka tutup Selasa jika IPU lebih 200 esok

MELAKA,. Semua sekolah di negeri Melaka akan ditutup pada Selasa ini sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini mencatat bacaan melebihi 200 esok.

Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Datuk Abu Bakar Sahari berkata ia selaras dengan pelan tindakan menghadapi bencana jerebu dan mesyuarat bencana negeri Melaka yang diadakan semalam.

“Bacaan IPU di negeri Melaka telah mencecah lebih 200, bagaimanapun arahan penutupan sekolah pada Selasa ini bergantung pada IPU esok,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berdasarkan rekod, terdapat sebanyak 315 sekolah rendah dan menengah di Melaka melibatkan sebanyak 148,901 murid serta pelajar.

Abu Bakar berkata kerajaan negeri juga akan mengedarkan penutup muka ke semua sekolah di negeri ini bermula dengan bekalan awal sebanyak 100 keping di setiap sekolah atau kawasan yang terjejas teruk.

Katanya pihak sekolah juga telah dimaklumkan agar mengurangkan aktiviti luar dan guru diminta memberi perhatian kepada murid atau pelajar yang berisiko terjejas akibat jerebu terutama mereka yang menghidap penyakit asma.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This