Warisan Abaikan Penduduk Kampung Gas!

Warisan Abaikan Penduduk Kampung Gas!

2 tahun hidup dalam kontena, penduduk rayu BN segera bantu.Mangsa kebakaran Kampung Gas yang ditempatkan sementara di penempatan kontena berdekatan kampung mereka memohon pembinaan jambatan dikawasan itu.

Penduduk berkenaan berkata jambatan berkenaan penting bagi membolehkan mereka membina semula rumah mereka dengan adanya jalan penghubung itu kelak apabila mendapat kebenaran membina rumah mereka di tapak itu.

Kebakaran yang berlaku 2 tahun lalu iaitu sejak Warisan mentadbir Sabah, mengakibatkan mangsa terpaksa menetap sementara di kontena itu sehingga kini.

Apa yang menyedihkan difahamkan, mereka juga bakal dipindahkan ke rumah lain tetapi sehingga kini masih menunggu.

Terdapat 114 buah kontena yang turut dibekalkan dengan bekalan air dan elektrik secara percuma.

Bagaimanapun, dengan ruangan terhad, mereka sering berdepan masalah air bocor apabila berlakunya hujan lebat dan cuaca panas melampau.

Namun, apa yang mereka harapkan bantuan akan segera disalurkan memandangkan perkampungan mereka sudah digazet dan bukannya “stateless”.

-Sheikh

CATEGORIES
Share This