Yussibnosh sampaikan sumbangan Gawai kepada 759 penerima

Yussibnosh sampaikan sumbangan Gawai kepada 759 penerima

MUKAH,. Prihatin akan nasib golongan kurang bernasib baik sempena sambutan Gawai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yus-sibnosh Balo tampil menghulurkan sumbangan.

Sumbangan dalam bentuk wang tunai itu diberikan kepada seramai 759 penerima termasuk warga emas, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga balu.

Menurut Pegawai Khas DUN Tellian Felix Pieng, penerima merupakan mereka yang menyambut Gawai dan bantuan diberikan sehari sebelum sambutan iaitu pada 31 Mei lalu.

“Penerima terdiri daripada penduduk di 61 rumah panjang di kawasan DUN Tellian yang menyambut Gawai,” katanya kepada Utusan Borneo.

Sumbangan tersebut katanya, jelas menceriakan pe-nerima sekali gus membantu meringankan sedikit bebanan mereka.

Sumbangan secara ke-seluruhannya bernilai RM37,950.

Sementara itu, sumbangan sebanyak RM2,000 turut disampaikan masing-masing kepada dua rumah panjang di DUN Tellian yang meng-alami kerosakan bumbung akibat angin kencang yang melanda baru-baru ini.

Dua rumah panjang dimaksudkan adalah Rumah (Rh) Berik Imang dan Rh Adok Sangap.

Felix mengatakan sumbangan itu sedikit sebanyak bakal membantu penghuni membaiki kerosakan yang dialami akibat bencana itu.

Angin kencang dilaporkan telah merosakkan sebahagian bumbung kedua-dua rumah panjang tersebut pada 27 Mei lalu sekitar jam 2.40 petang.

CATEGORIES
TAGS
Share This