
Arsenal tidak layak gol tempat lawan
LONDON,. Arsenal tersingkir daripada saingan Liga Europa di tangan Olympiakos Piraeus berdasarkan jaringan tempat lawan walaupun menang 2-1 di laman sendiri.
Kelab utara London itu antara pasukan besar yang gagal meneruskan kemaraan, termasuk trio Portugal – Benfica, Sporting dan Porto serta Ajax Amsterdam dan Celtic.
Arsenal menewaskan Olympiakos 1-0 pada perlawanan pertama kelompok 32 terakhir ini dan berada di depan secara agregat selepas Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol minit ke-113 bagi memadamkan kelebihan Olympiakos hasil tandukan minit ke-53 Pape Cisse.
Namun pelawat melakar kejutan apabila Youssef El Arabi menambah jaringan tujuh minit kemudian untuk menempah tiket ke pusingan 16 terakhir. – REUTERS
CATEGORIES Uncategorized