Bintang K-pop Goo Ha-ra ditemui mati di kediamannya

Bintang K-pop Goo Ha-ra ditemui mati di kediamannya

SEOUL,. Bintang K-pop Goo Ha-ra ditemui meninggal dunia di kediamannya pada Ahad, demikian menurut polis lapor agensi berita Yonhap.

Penyanyi berusia 28 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri oleh rakannya kira-kira pukul 6 petang di rumahnya di Gangnam Ward di Seoul.

Polis berkata pihaknya sedang menyiasat punca kematian termasuk kemungkinan membunuh diri.

Goo memulakan kariernya pada 2008 dengan menganggotai kumpulan Kara sebelum memutuskan untuk bergerak secara solo.

Pada akhir tahun lepas tercetus kontroversi antara beliau dengan bekas teman lelakinya yang menggugut untuk mendedahkan video intim mereka.

Pada Mei, beliau sekali lagi menggemparkan industri hiburan Korea apabila ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya, dilaporkan cuba membunuh diri.

Dalam temu bual dengan sebuah majalah Jepun pada bulan sama, penyanyi itu berkata, “Saya telah pulih … saya menghadapi beberapa masalah…Tetapi mulai sekarang, saya akan kuatkan hati dan berusaha untuk menjadi sihat.”

Kematian Goo berlaku kurang dua bulan selepas kematian seorang lagi bintang muda K-pop, Sulli.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )