Bursa Malaysia teruskan aliran rendah pada awal dagangan

Bursa Malaysia teruskan aliran rendah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, meneruskan aliran lemah susulan penurunan semalam.

Pada 9.09 pagi, penanda aras pasaran, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.84 mata kepada 1,559.87 daripada 1,562.71 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks barometer itu dibuka 1.24 mata lebih rendah kepada 1,561.47.

Peniaga berkata penjualan asing berlarutan semalam bagi saham berwajaran tinggi terpilih terus mempengaruhi pasaran hari ini, sekali gus bursa tempatan mencatatkan aliran berbeza daripada prestasi positif oleh kebanyakan pasaran luar negara.

“Sokongan penting untuk indeks ini adalah pada paras 10 Okt iaitu 1,548 sementara rintangan indeks utama kekal pada purata pergerakan 50 hari, 1,580,” katanya.

Antara saham berwajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing turun tiga sen kepada RM8.53 dan RM7.02, Public Bank susut empat sen kepada RM18.98 dan CIMB kurang lima sen kepada RM5.13.

TNB menambah empat sen kepada RM13.26.

Bagi saham aktif, K-Star dan Xidelang masing-masing menokok setengah sen kepada 7.5 sen dan 10.5 sen, TDM dan Jaks Resources masing-masing naik dua sen kepada 32.5 sen dan RM1.32 manakala Hiap Teck menambah tiga sen kepada 23.5 sen.

Indeks FBM Emas Syariah turun 9.521 mata kepada 11,690.38, Indeks FBM Emas kurang 10.4 mata kepada 11,098.84 dan Indeks FBMT 100 susut 12.689 mata kepada 10,897.58.

FBM 70 meningkat 13.16 mata kepada 13,868.44 dan FBM Ace naik 7.78 mata kepada 4,894.35.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 7.98 mata kepada 7,503.25 manakala Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.01 mata kepada 149.9 serta Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 27.5 mata kepada 15,176.07.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 159 berbanding 129, sementara 196 kaunter tidak berubah, 1,488 kaunter tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 226.07 juta saham bernilai RM71.04 juta.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This