COVID-19: Bank Dunia umum dana awal AS$12 bilion

WASHINGTON,. Bank Dunia umum dana awal mencecah AS$12 bilion (kira-kira RM50 bilion) bagi membantu negara-negara yang terjejas dengan wabak koronavirus.

Presiden Bank Dunia, David Malpass berkata masih banyak yang tidak diketahui tentang virus yang pantas merebak ini dan lebih banyak bantuan mungkin diperlukan, namun beliau enggan mengulas lanjut.
“Kami mengumumkan hari ini pakej awal bantuan segera mencecah AS$12 bilion sebagai respons kepada permintaan beberapa negara yang memerlukan dana krisis dan bagi meringankan impak tragik akibat daripada krisis ini,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )