Dunia Kini Catat Lebih 600,000 Kes Covid-19

Dunia Kini Catat Lebih 600,000 Kes Covid-19

ANKARA,. Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia terus meningkat kepada lebih 601,478 pada Sabtu, menyaksikan 177 negara dan wilayah terjejas manakala 27,862 nyawa menjadi korban.

Sementara itu, 131,777 lagi pesakit pulih, menurut Universiti Johns Hopkins lapor agensi berita Anadolu.

Itali, Sepanyol, China dan Iran terus menjadi negara paling teruk terjejas, didahului Amerika Syarikat (AS) yang mencatatkan jumlah kes tertinggi hampir 105,000, dengan 1,711 kematian.

Itali merekodkan korban paling ramai 9,134 orang dengan 86,500 kes manakala Sepanyol 5,138 kematian, lebih 65,700 dijangkiti.

China yang merupakan tempat virus itu mula dikesan mencatat 3,296 kematian dan kes disahkan sebanyak 82,000.

Angka korban di Iran pula mencecah 2,378 orang manakala kes disahkan melebihi 32,300. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This