Gempa bumi sekuat 5.7 magnitud landa timur Tokyo

Gempa bumi sekuat 5.7 magnitud landa timur Tokyo

TOKYO,. Satu kejadian gempa bumi berkekuatan 5.7 magnitud menggegar bahagian timur Tokyu pada Sabtu pada jam 6.22 petang waktu tempatan.

Agensi meteorologi negara itu mengesahkan, gempa bumi yang melanda Chiba terjadi hampir serentak dengan kehadiran Taufan Hagibis yang mendekati perairan Jepun.

Setakat ini bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Lebih daripada 3 juta orang dinasihatkan supaya berpindah menjelang kedatangan Taufan Hagibis ke ibu negara Jepun itu pada Sabtu, yang diramal membawa hujan lebat dan angin kencang paling kuat dalam tempoh 60 tahun.

Taufan Hagibis, yang bermaksud ‘kelajuan’ dalam bahasa Tagalog mengancam menenggelamkan bahagian muka bumi rendah di Tokyo apabila bertembung dengan detik air laut pasang.

Taufan itu sudahpun melanda Kanagawa dengan taburan hujan lebat yang memecah rekod, iaitu bacaan 700 milimeter hujan dalam masa 24 jam.

CATEGORIES
TAGS
Share This