India import 13.35 juta tan metrik minyak boleh dimakan pada 2020-2021

India import 13.35 juta tan metrik minyak boleh dimakan pada 2020-2021

NEW DELHI,. India mengimport 13.35 juta tan metrik minyak boleh dimakan, lebih sedikit separuh daripada penggunaannya pada tahun fiskal 2020-2021, demikian menurut data kerajaan.

Penggunaan minyak boleh dimakan domestiknya bagi tempoh April-Mac berjumlah 12.47 juta tan metrik manakala penggunaan sebanyak 25.82 juta tan metrik, kata Kementerian Pertanian India pada Jumaat.

Pengimport minyak boleh dimakan terbesar dunia itu sedang dalam usaha untuk mengurangkan pergantungannya kepada import di bawah pelan jaminan makanannya.

“Skim itu sedang dilaksanakan dengan tujuan untuk menambah ketersediaan minyak sayuran dan mengurangkan import minyak boleh dimakan dengan meningkatkan pengeluaran dan produktiviti biji minyak,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

India mengimport minyak sawit dari Malaysia dan Indonesia, manakala Argentina, Ukraine dan Russia merupakan pembekal utama minyak soya dan minyak bunga matahari.

Pengeluaran biiji minyak India semasa 2020-2021 dianggarkan sebanyak 36.56 juta tan metrik.

Output termasuk 13.4 juta tan metrik kacang soya, 10.12 juta tan metrik kacang tanah dan 9.9 juta tan metrik biji sesawi dan mustard.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This