Kementerian Pertahanan komited perkukuh kawalan sempadan negara di Sabah, Sarawak
SIBU,. Kementerian Pertahanan komited memperkukuhkan pertahanan sempadan negara di Sabah dan Sarawak seperti mana yang digariskan dalam Kertas Putih Pertahanan.
Timbalan Menterinya Liew Chin Tong berkata langkah-langkah bagi mengukuhkan pertahanan di kawasan terlibat akan dilaksanakan secara berterusan.
“Kita ada pelbagai aktiviti bagi memperkasakan pertahanan di Sabah dan Sarawak termasuklah memperkasakan idea yang memerlukan tentera darat, udara dan laut bergabung bagi menghadapi apa sahaja cabaran yang akan dihadapi,” katanya kepada pemberita semasa lawatan kerja ke Markas 31 Briged, Kem Junaco Park, di sini, hari ini.
Selain lawatan ke Kem Junaco Park, beliau turut mengadakan lawatan serupa ke kem tentera lain iaitu Kem Rascom dan Kem Batu 14.
Beliau berkata terdapat lima Rejimen Sempadan (RS) telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak pada tahun 2015 bagi membantu memperkasakan pertahanan sempadan negara di kedua-dua negeri berkenaan.
— BERNAMA