Laporte tidak boleh selesaikan semua masalah City – Guardiola

LONDON,. Pep Guardiola memberikan amaran bahawa Aymeric Laporte tidak seharusnya dilihat sebagai satu-satunya jalan penyelesaian jentera pertahanan Manchester City.

Dua jaringan Sergio Aguero hampir memastikan kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu, tetapi gerakan Wilfried Zaha pada penghujung permainan di Stadium Etihad memaksa City berpuas hati dengan keputusan seri apabila hantaran silangnya disudahkan Fernandinho yang melakukan jaringan sendiri.

Penyandang juara EPL itu, yang semakin jauh ketinggalan oleh pendahulu liga, Liverpool, hanya tidak dibolosi dua kali sahaja sejak 20 perlawanan yang lalu.

Pemain tengah, Fernandinho, telah bertukar menjadi pertahanan sejak Laporte mengalami kecederaan meniskus berdepan against Brighton and Hove Albion, manakala pemain muda, Eric Garcia, menyerlah di barisan pertahanan ketika merakamkan kemenangan ke atas Sheffield Untied dan Everton.

Namun John Stones serta pemain kebangsaan Argentina, Nicolas Otamendi, sekali lagi mengharungi prestasi yang kurang cemerlang bagi musim ini.

Bekas pemain pilihan Athletic Bilbao, Laporte, sudah kembali menjalani latihan ringan bersama rakan sepasukan tetapi Guardiola, yang bakal berdepan Real Madrid dalam aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) bulan hadapan, enggan meletakkan harapan tinggi kepada Laporte.

“Kami tidak boleh menjangkakan Laporte menyelesaikan segala masalah,” katanya.

“Keadaannya semakin baik dan doktor akan menilai perkembangannya dalam sesi latihan seterusnya esok dan saya akan bercakap dengannya.”

Ditanya jika Laporte akan membuat penampilan dalam aksi Piala FA berdepan Fulham, Guardiola membalas, “Saya tidak tahu.”

Rakan senegara Laporte, Benjamin Mendy, bergelut sebelum ini selepas menjalani dua pembedahan lutut.

Namun bekas bek-kiri Monaco itu mula menunjukkan kemampuannya yang hampir ke tahap terbaik ketika berdepan Palace, menawarkan beberapa ancaman menerusi gerakannya dari sayap kiri dengan hantaran silangnya berjaya ditanduk masuk oleh Aguero.

“Dia bermain dengan baik bersama kami dalam perlawanan ini. Hantarannya, dalaman serta luaran, dan kerap membantu pasukan ketika menyerang malah bertahan.

“Dia telah beraksi dengan baik dan melakukan hantaran yang cemerlang. Beraksi selepas dua musim dihimpit masalah kecederaan, jadi kondisi badannya boleh menjadi lebih baik.”

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )