MHB peroleh kontrak petronas bagi Projek Minyak Bekok

MHB peroleh kontrak petronas bagi Projek Minyak Bekok

KUALA LUMPUR,. Malaysia Marine & Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) memperoleh kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan, pemasangan dan pengoperasian bagi Projek Minyak Bekok.

Kontrak itu yang diperolehi menerusi anak syarikat milik penuhnya, Malaysia Marine & Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

“Tempoh projek yang disasarkan bagi kerja-kerja fabrikasi disiapkan adalah sembilan bulan daripada kontrak itu diberikan sehingga peringkat sedia-untuk-pelantar.

“Sebaik sahaja kerja-kerja fabrikasi selesai, platfiorm itu akan dipasangkan pada Medan PM9 di tenggara Lembangan Melayu, Semenanjung Malaysia, kira-kira 260 kilometer dari Terminal Minyak Mentah Terengganu,” menurut MHB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Sementara itu, MMHE juga memperoleh kontrak bagi Projek Penyepaduan Platform Pemprosesan Pusat-Unit Penghapusan Merkuri (CPP-MRU) Bergading baru-baru ini daripada Hess Exploration & Production Malaysia B.V.

Ia merangkumi kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian bagi modul MRU Bergading.

Apabila siap, modul itu akan dipasangkan dan disepadukan dengan Bergading CPP, Lembangan Melayu Utara.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This