Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik

Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik

NEW DELHI,. Pakistan membidas Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu kerana mengenakan sekatan terhadap tiga firma China dan sebuah syarikat Belarus yang membekalkan item yang dapat digunakan untuk peluru berpandu kepada program misil balistiknya.

Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.

“Sementara kami tidak mengetahui perincian langkah terkini oleh Amerika Syarikat, pada masa lepas, kami menemukan banyak contoh bahawa senarai dibuat henya berdasarkan syak wasangka malah item yang terlibat tiada dalam sebarang senarai kawalan tetapi lebih kepada kesensitifan di bawah peruntukan yang merangkumkan semua perkara,” katanya.

Pakistan mendakwa AS mengguna pakai pendekatan dwistandard dalam isu pembangunan senjata.

“Pakistan menolak penggunaan politik dalam kawalan eksport. Ia adalah satu realiti bahawa bidang kuasa yang sama mendakwa melaksanakan pengawalan senjata yang ketat, mengecualikan keperluan pelesenan untuk teknologi maju ketenteraan bagi beberapa negara,” kata Baloch.

Pada Jumaat, AS mengenakan sekatan terhadap syarikat China dan Belarus berkaitan dakwaan mereka membekalkan membekalkan item yang dapat digunakan untuk peluru berpandu kepada sektor senjata Pakistan.

Jabatan Negara AS dalam satu kenyataan pada Jumaat mengenal pasti syarikat berpangkalan di Belarus Minsk Wheel Tractor Plant dan Kumpulan Perniagaan China Xi’an Longde Technology Development Company Limited (Ltd), Tianjin Creative Source International Trade Co Ltd and Granpect Co Ltd.

Ia mendakwa keempat-empat syarikat itu telah membekalkan item yang dapat digunakan untuk peluru berpandu kepada program misil balistik Pakistan, termasuk program misil jarak jauh.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This