Pejabat SUK Pulau Pinang ditutup dua hari proses sanitasi

Pejabat SUK Pulau Pinang ditutup dua hari proses sanitasi

GEORGE TOWN,. Operasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ditutup bermula 2 petang Rabu dan Khamis bagi tujuan sanitasi.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata proses sanitasi akan dilakukan di keseluruhan bangunan pejabat untuk mengekang penularan COVID-19.

Menurut kenyataan itu, antara bahagian yang terlibat dalam proses tersebut adalah di keseluruhan kaunter aras tiga melibatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut, Pejabat Tanah dan Galian serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

“Bilik Gerakan COVID-19 Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan serta Unit Komunikasi Korporat dan Inovasi di tingkat 25 serta Unit Perolehan di tingkat 30 juga akan turut melalui proses sanitasi,” menurut kenyataan itu.

Ia berkata urusan kaunter pelawat untuk semua jabatan di Komtar juga ditutup.

Orang ramai yang ingin berurusan dinasihatkan supaya hadir di kaunter bermula Jumaat, 13 Ogos setelah pejabat memulakan operasi seperti biasa.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This