Penunjuk perasaan Hong Kong berhimpun, tunjuk sokongan kepada etnik Uighur

HONG KONG,. Ribuan penunjuk perasaan Hong Kong berhimpun pada Ahad bagi memprotes layanan China terhadap etnik minoriti Uighur.

Penunjuk perasaan berkumpul di Edinburgh Place di tengah-tengah bandar raya tersebut dengan memegang bendera Turkestan Timur dan mengibarkan bendera yang menunjukkan sokongan terhadap kemerdekaan Hong Kong.

China didakwa memberikan layanan yang buruk kepada etnik Uighur dan minoriti Islam di wilayah Xinjiang dengan mengumpulkan mereka di kem tahanan yang dikawal dengan ketat.

Bagaimanapun, diplomat China mempertahankan republik tersebut dan berkata China tidak memenjarakan tahanan politik.

Sebaliknya hanya menahan mereka untuk memberikan latihan vokasional dan menyelamatkan mereka daripada radikalisme agama.

Sejak Jun lalu, Hong Kong dibelenggu protes pro-demokrasi yang bertukar ganas bagi menuntut kebebasan demokrasi yang lebih meluas.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )