Saintis temui planet besar kelilingi ‘si kerdil merah’

Saintis temui planet besar kelilingi ‘si kerdil merah’

WASHINGTON,. Saintis melahirkan rasa terkejut selepas menemui sistem solar terletak 30 tahun cahaya dari Bumi yang bertentangan dengan pemahaman mengenai pembentukan planet, dengan planet besar seperti Musytari mengelilingi bintang kecil dikenali sebagai kerdil merah.

Bintang selalunya lebih besar malah planet terbesar mengelilingi mereka.

Namun dalam kes ini, bintang dan planet tidak banyak berbeza dari segi saiz, kata penyelidik semalam.

Bintang berkenaan, digelar GJ3512, kira-kira 12 peratus saiz matahari manakala planet yang mengelilinginya bersaiz sekurang-kurangnya separuh Musytari, planet terbesar dalam sistem solar.

“Ya, ia amat mengejutkan. Penemuan itu amat mengekutkan kerana model teori pembentukan menunjukkan bintang kurang besar selalunya menjadi hos kepada planet kecil, sama seperti Bumi atau Neptun.

“Dalam kes ini, kami menemui planet gas gergasi sama seperti Musytari mengelilingi bintang kecil,” kata pakar astorfizik, Juan Carlos Morales dari Institut Pengajian Angkasa Lepas Catalonia di Institut Sains Angkasa Lepas di Sepanyol, yang mengetuai penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal Science.

Planet itu, yang seperti Musytari mengandungi gas, ditemui menggunakan teleskop di Pusat Pemerhati Calar Alto di Sepanyol.

Ia mengelilingi bintang itu pada setiap orbit sukar berlanjutan 204 hari.

Bintang kerdil merah sangat kecil, dengan suhu permukaan amat rendah. — Reuters

CATEGORIES
TAGS
Share This