Taufan Faxai landa pinggir Tokyo

Taufan Faxai landa pinggir Tokyo

TOKYO,. Taufan Faxai mula melanda wilayah berhampiran ibu kota Jepun pada Isnin mengakibatkan bekalan elektrik terputus di sekitar pinggir bandar Tokyo.

Taufan dengan kelajuan angin mencecah 210 kilometer sejam (km/j) serta hujan lebat itu turut menjejaskan sistem pengangkutan awam dengan kira-kira 100 kereta api laju dan 100 penerbangan dibatalkan.

Menurut syarikat pembekalan elektrik Tokyo Electric Power, kira-kira 290,000 orang terjejas apabila bekalan elektrik terputus akibat angin kencang.

Setakat ini, tiada insiden kecederaan dilaporkan walaupun Faxai dipercayai bakal mengakibatkan kemusnahan teruk.

CATEGORIES
TAGS
Share This