Thailand lapor lima kes baharu COVID-19

Thailand lapor lima kes baharu COVID-19

BANGKOK, 22 Sept — Thailand pada Selasa melaporkan lima kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sehingga kini berjumlah 3,511.

Daripada jumlah itu 3,343 kes pulih dan 109 pesakit masih dirawat di hospital manakala 59 orang meninggal dunia, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Empat daripada kes baharu yang disahkan membabitkan mereka yang pernah mengunjungi India dan Switzerland.

Semua kes baharu itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan didapati negatif semasa menjalani saringan COVID-19 ketika berada di pusat kuarantin di Bangkok dan Chon Buri.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This