Ingat mesej Buddha supaya tolak keganasan – PBB

GENEVA,. Sempena sambutan Hari Wesak hari ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menganjurkan mesej Buddha agar masyarakat bersatu menolak keganasan.

“Ketika kita berdepan dengan ketidakadilan yang semakin meningkat ketika ini, mesej Buddha supaya menolak keganasan dan berkhidmat untuk pihak lain kini amat relevan,” kata Guterres dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Pada hari ini, di mana kita menyambut kelahiran, pencerahan dan pemergian Buddha, kami semua penganut Buddha serta penganut agama lain, boleh mengimbas kepada kehidupannya dan mengambil inspirasi daripada ajarannya.

“Pada Hari Wesak, mari kita memperbaharui komitmen dalam membina dunia yang aman dan bermaruah buat semua,” ujar beliau.

Penganut Buddha dianggarkan merangkumi 7 peratus daripada populasi sedunia pada 2015. Namun angka ini dijangka meningkat sebanyak 5 peratus pada 2060, menurut pusat kajian Pew Research Center.

Berdasarkan kajian Pew pada 2010, separuh daripada penganut Buddha di seluruh dunia mendiami China, merangkumi 18 peratus daripada populasi negara itu.

Baki penganut Buddha kebanyakannya dari Asia Timur dan Asia Tenggara, termasuk 13 peratus di Thailand dan 9 peratus di Jepun.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )