Taufan Dorian ragut 20 nyawa di Bahamas

NASSAU,. Sejumlah 20 mangsa disahkan maut di Bahamas akibat Taufan Dorian.
Perdana Menteri Hubert Minnis ketika mengesahkan jumlah kematian itu pada Rabu berkata angka korban dijangka meningkat apabila operasi mencari dan menyelamat diperluas.

Menurutnya, majoriti kematian dicatatkan di wilayah Abacos.

Usaha menyelamat mangsa akibat Taufan Dorian di Bahamas sedang dipergiat.

Pasukan keselamatan menggunakan jet ski dan jentolak untuk memindahkan mangsa yang terkesan akibat ribut dahsyat itu.

Bantuan kecemasan dan makanan juga disalurkan bagi memastikan penduduk tempatan dalam keadaan selamat.

Sementara itu, lapangan terbang dilaporkan ditenggelami air manakala jalan raya utama rosak akibat angin dengan kelajuan 300 kilometer sejam yang membadai kepulauan itu.

Taufan yang kini dikategorikan pada tahap tiga itu dilapor sedang menuju ke Carolina Selatan dan Utara.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )