Loftus-Cheek kongsi derita cedera

LONDON,. Pemain tengah Chelsea Ruben Loftus-Cheek mengakui usaha untuk pulih daripada kecederaan Achilles dan belakang satu pengalaman yang cukup perit.

Loftus-Cheek direhatkan sejak tendon Achillesnya koyak ketika perlawanan persahabatan antara Chelsea dan New England Revolution di Boston Mei tahun lalu.

Pemain England berusia 24 tahun itu sudah bersedia untuk kembali beraksi sebelum Liga Perdana Inggeris ditangguhkan awal bulan lalu akibat pandemik COVID-19.

“Penampilan fizikal saya, tenaga yang saya ada, adalah kekuatan terbesar saya.

“Tetapi badan saya juga adalah kelemahan saya, dan ia perkara paling penting untuk saya uruskan.

“Saya perlu bekerja dengan bijak, bekerja keras tetapi pada masa sama mengikut kemampuan badan anda juga.

“Waspada dalam perjalanan anda dan beri perhatian. Sisi mental apabila cedera juga memeritkan.

“Mengharungi saat sukar ini akan menjadikan akan lebih kuat, dan pemain lebih baik.

“Namun perkara paling sukar sepanjang tempoh kecederaan ini ialah menjadi penonton perlawanan,” kata Loftus-Cheek. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )